Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Friday, November 14, 2014

LANGKAWI Where To Go?? Pantai Pasir Tengkorak

Assalamualaikum :)

Part 1...Part 1...Part 1.. Hmmm..tiba-tiba macam blank pulak. Tadi macam banyak sangat idea nak cerita. Ala-ala cekelat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum..huhuhu T.T

Okey...ceritanya macam ni, Jumaat haritu..kami sefamily pi berkelah kat tepi pantai. Ini semua idea adik misi kami.. beria-ria ajak berkelah..maklumla tengah cuti.

Lokasi pilihan kali ni..Pantai Pasir Tengkorak.. Gerun tak?? Hahha..Kecik-kecik dulu, kalau dengar ayah sebut nama pantai ni, mesti imagine kawasan pantai yang penuh dengan tengkorak manusia ~.~*

Masa mula-mula tu, kami macam tak berapa nak setuju.. Bukannya apa, tahun lepas dah pernah pi pantai ni. Teruk sangat!!! Nak masuk kawasan pantai kena bayar RM2 untuk satu kepala.. gila ke apa?? Macam nak masuk funfair je..


Dah bayar tu, ingatkan boleh berpiknik dengan riang-ria la.. Astaghfirullah... kawasan camping sampah merata, tandas pun kotor, surau ada tapi dikunci pulak..ramai orang tak puas hati.

TAPI.....itu dulu la. Sekarang dah okey!! Rasanya dah tukar pihak pengurusan kot. Memang puas hati sangat-sangat. Yala..masuk pun free..heee. Sampah memang dah tak ada yang berterabur. Kawasan pantai bersih. Toilet lagi la bersih..tapi nak masuk kena bayar tau..Rasanya upah untuk uncle yang cucikan toilet tu kot. Okeyla kan..berbaloi!

Bestla berkelah kali ni..tapi rasanya yang paling eksaited budak-budak kecik ni la. Menjerit-jerit tengok pantai. Tu belum dapat mandi lagi..

PERCUMA..FREE!! Tak perlu bayar RM2


Simple menu saja :) bihun goreng, nasi, sambal tumis ikan, ulam, sambal belacan tumbuk. Semuanya ada dalam bekas tu. Saja tak mau tunjuk..kan nanti ada yang bukak periuk tengah-tengah malam buta..heee 

Hari Jumaat hari cuti..ramaila orang datang. Ha..romantik tak makcik pakcik tu? Baguskan kalau dapat pasangan macam ni..

Ni baru warm up..baju pun tak tukar lagi :)

 Budak-budak main air..kami yang tua ni isi perut -.-*









Kalau datang sini, tuan-tuan puan-puan kena make sure ada orang jagakan barang-barang. Especially makanan..kalau tak memang habis kena kebas dengan cik kera ni. Ni pun dia baru saja ambik jajan sapa ntah..sampai berterabur.. Kebanyakan orang pesan jangan bagi makanan dekat cik kera ni.. Sekali sekala takpa kot.. 

Okeyla..jumpa lagi di entri seterusnya :)

Love & Faith,
maimunah ahmad

Friday, October 31, 2014

Sebab Apa LANGKAWI Best????

Assalamualaikum
Hello everybody!!

Kebanyakan kawan yang kami kenal mesti akan cakap macam ni.."wah! bestnya mun ko duk langkawi".. Then,kami tanya balik.."pasai apa pulak?? biasaaaaaa ja"..."ya laaa best. boleh makan cekelat hari hari..shoping pinggan mangkuk..mandi mandi pantai..keta pon murah2 ja" Yeah, i admit that..hahha!!

Maybe sebab duk lama dah kat sini..dah lali. TAPI secara jujurnya, mengaku la BEST DUK LANGKAWI wei!!

Ni siap buat list pasai apa langkawi bestttttttt sangat:   
  • Burung mana yang tak sayang sarang dia..manusia mana yang tak sayang rumah dia?? cuba habaq sat..hehe.. rumah kami kat sini..mestila suka..besttttt. 

  • Sini mana ada jalan jem..Eh!! silap..sini jalan jarang jem..hehhe..Kalau jem pon,panjang mana la sangat..kat pekan Kuah tu ja pon..

  • Banyak cekelat kat sini..FERERRO, DAIM, CADBURY opps!!, HERSHEYS, KISSES, TOBLERONE, PEPPERO dan baaaaaaaaanyak lagi :)

  • Kereta murah la .. tak payah hairan kalau tengok banyak ja orang bawak wonderpet gti, keta olimpik, Honda city...

  • Banyak pinggan mangkuk..masuk Idaman Suri, HIG, Ram.. berpinau-pinau mata.. selalu nampak makcik makcik eksaited ja masuk sini..hahha

  • Minyak gamat murah!! Try p tengok kat Nusantara Maju, Sireh Lagenda..

  • Ada banyak pantai.. Pantai Cenang, Pantai Kok, Pantai Pasir Tengkorak...

  • Kain batik pelikat murah jeee..ni kebanyakan makcik2 yang habaq

  • Banyak pulau-pulau yang cantik..pulau langkawi, pulau dayang bunting, pulau payar etc..

  • Ada burung helang besaaaaaaaaaaq kat tepi laut..boleh tangkap...tangkap gambaq -.-

  •  ......................
Sila isikan tempat kosong..............................kalau hampa mai baru hampa taw.. 


Sumber: Encik Google
"Langkawi Permata Kedah"

Nantikan "LANGKAWI Where To Go??"

Sekian

Love & Faith,
maimunah ahmad