Thursday, December 4, 2014

Segmen : Zaman Persekolahan

Assalamualaikum..
Hai semua :)

http://1.bp.blogspot.com/-7bldsDUVCBc/VHxdtjXby8I/AAAAAAAAG5U/5QBPzBU7EmY/s1600/banner%2Bsegmen%2B(1).gif 
Hari ni kami nak war-warkan salah satu segmen yang best untuk ampa semua join sempena bulan disember ni. " Segmen : Zaman Persekolahan ". Dianjurkan oleh blogger miss balqis, Jom!! Jom!! kita semua pakat meriahkan segmen ni. Sebab apa?? Banyak hadiah wei dia nak bagi. Sebanyak 66 orang pemenang yang dicari. 

Masih ada banyak lagi masa untuk ampa perah idea and join. Segmen ni bermula dari 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.

 

Untuk join segmen ni ampa semua boleh KLIK DI SINI 

Okkey!! Selamat Bersegmen Semua :)

Sekian
Love & Faith,
maimunah ahmad

 

Sunday, November 30, 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Bidadari




Assalamualaikum

Hari ni cik mun nak kongsi salah satu lagu yang cik mun selalu dengar 
;)

 Impianku oh kita bersama
Aku tahuku oh pemuja rahsia
Bersamamu penuh dengan kenangan
Kenangan pahit manis tak mampu kulupakan

Ommo...acah-acah jiwang sikit hari ni.. ~.~*
 


Lirik Lagu

(Verse 1-Syamsul)

Lirikan matamu
Senyuman manismu
Tawa manjamu
Sentuhan lembutmu


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...


*Chorus*

Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..


(Verse 2-Anwar)

Pandangan redupmu
Gurauan sendamu
Bisikan jiwamu
Menawan hatiku


Adakah kumampu mengejarimu
Adakah kumampu memilikimu


Wajahnya..
Keayuannya..
Seakan bidadari syurga...


*Chorus*

Namun diriku masih memujaimu
Walau kutahu bukanku di hatimu
Bukalah hatimu..
Sedari wujudku..


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sedangkan engkau tahu..
Ku ada di sisimu..
Memerhatimu, menjagamu, mendambamu tanpa jemu..


*Bridge*

Biar bercerai nyawaku dari jasadku pastiku kan masih setia...
Biar gugur semua bintang pasti kumenyinta...
Selagi diriku ada..


Impianku oh kita bersama
Aku tahuku oh pemuja rahsia
Bersamamu penuh dengan kenangan
Kenangan pahit manis tak mampu kulupakan


Bukalah hatimu
Sedari wujudku


Namun diriku masih memujaimu
Mengapa engkau butakan hatimu


Sayang(x10)

love & faith,
maimunah ahmad

Ini Syiling Lama Ke??

Assalamualaikum
Hai semua :)

Baru-baru ni kami terbaca dalam pesbuk tentang duit syiling lima kupang yang nilainya lagi tinggi dari 50sen.. Pastu, terus teringat yang kami pon ada simpan satu objek ni yang rupa dia macam syiling.. Dah simpan lama dah. Rasanya sejak zaman sekolah menengah lagi kot..

Dengan pantasnya, terus pi godek-godek kotak kat dalam bilik.. lebih kurang kotak harta karun lahh.. semua nostalgia ada kat dalam kotak-kotak tu.. Fuh!! nasib baik jumpa jugak..ingatkan dah hilang..

satu sen

1890.. ingatkan token funfair..kihkihkih

 dah terhakis..nampak sikit-sikit ja.. 
queen victoria

one cent india straits 1862

throwback
Tenung lama-lama syiling ni, teringat zaman kanak-kanak dulu.. mak kami dulu garang..huhu..kalah mak jemah taw.. kalau nak pi main dengan kawan-kawan hang make sure dah siap sapu halaman belakang, depan, kiri, kanan rumah. Guna pulak penyapu lidi..masing-masing menunduk la..hehe.. abang-abang and kakak kami gigih oii menyapu.. nak siap cepat..lepas tu boleh terjun ramai-ramai kat sungai belakang rumah.. Indah sungguh zaman kanak-kanak..uhhu

Syiling tu pun jumpa kat belakang rumah masa tengah duk merapu..eh!! silap MENYAPU..heee

love & faith,
maimunah ahmad

Jeruk Madu Pak Ali

Assalamualaikum 
Hai semua ~_~v

Alhamdulillah :) Hari ni kami nak berkongsi sedikit kegembiraan dengan blog readers.. Wah! untuk kesekian kalinya dapat merasa JERUK MADU PAK ALI yang mabeles..sapa yang tak happy kan kalau dah dapat isi perut..hoho

Dah lama sangat rasanya tak makan jeruk ni. Sedap sangat!! Memang sedap!! Betoi ni.. coba lahh anda rasa sendiri. Rasa jeruk dia lain dari yang lain. Setakat ni memang tak sama dengan yang beli kat pasaraya ke..kedai runcit ke..hatta pasar malam sekalipun..

Selalunya kalau makan jeruk mesti macam nak terbatuk..and then macam pedih-pedih sikit dalam perut tu.. tapi dengan jeruk pak ali ni tak pulak..hehe 

Ucapan terima kasih ditujukan khas buat si adik manis yang bersusah payah bawak motor jauh-jauh untuk bagi jeruk ni..pengorbanan awak memang berbaloi-baloi..tinggal separuh ja lagi jeruk tu dalam taperware..separuh lagi?? Mestilah dah landed safely kat dalam perut comel ni..mihmihmih

PRESENT TO YOU
j e r u k  m a d u  p a k  a l i

 even masa tengah duk upload gambar ni..telan ayaq liuq berkali-kali

 macam-macam buah ada

 Ada sapa-sapa taw air jeruk boleh diminum sebagai apa??

"ingat PENANG ingat PAK ALI"

Sekian entri tengah malam

love & faith,
maimunah
 

Friday, November 28, 2014

GIVEAWAY KUSARAH 2014

*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Jangan Bagi Kera Makan!!

Assalamualaikum..hai semua blogger!!
Kedengaran macam kejam kan kami ni? Hohoho.. entri ni ditulis sebab teringat moment-moment masa dekat pantai pasir tengkorak hari tu.. Untuk yang baru menjengah blog ni.. boleh baca ENTRI INI..


Macam biasa lahh..kalau sesuatu kawasan tu dengan bukit-bukit, hutan-hutan..mesti akan ada kelibat cik kera ni. Nak diceritakan, masa cik kera and the gang buat penampilan sulong dekat kawasan kami berpiknik hari tu..jenuh jugak la nak mengawal budak-budak ni.. Sakit tekak wei!! Jenuh jerit2 kat kanak-kanak ribena tu semua "j a n g a n  d e k a t  d e n g a n  k e r a!!". budak-budak ni biasalah kan, kalau jumpa dengan spesis ni eksaited bukan main lagi..cik mun pulak yang seriau lebih. Mana taw kang dia ngap budak ni sorang-sorang. keseorangan lahh cik mun dalam dunia ni..mihmihmih

Selalu dengar kan pepatah melayu yang satu ni?
" kera di hutan disusukan, anak-anak di rumah mati tak makan "

Meh sini..kami nak tukaq sikit..
" kera keluar dari hutan dibagi cikedis, anak di sebelah menangis "
hehehe..rosak peribahasa taw..

Bukannya apa..boleh mendatangkan bahaya jugak kalau suka-suka bagi makan dekat haiwan yang spesis acah-acah jinak ni..dalam zoo tak apa la..

Kat sini kak munah selaku forester..berangan ja la.. nak bagitaw sikit pasai apa tak boleh suka-suka bagi makan dekat kera especially kawasan rekreasi yang dekat dengan hutan..

Main snap gambar je la..nak explain satu-satu panjang berjela pulak nanti.. Tengok gambar ni ya.. ikhlas daripada Jabatan Perhilitan..heee


 sekian
love & faith,
maimunah

Wednesday, November 26, 2014

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger!

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro))

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Saturday, November 15, 2014

Simple Breakfast :)

Assalamualaikum. Hai alls!!

Hampa semua menyorok apa hari ni?
*menyorok=breakfast

Just nak share hari ni punya simple breakfast..hehhe..simple sangat-sangat sebab orang bagi..tak payah duk kalut-kalut dah pikir nak masak apa..Alhamdulillah :)

Ni sebenarnya yang best kalau duk ceruk-ceruk kampung ni :) Ada jiran yang baik..hehhe. 

Okey..ni la breakfast untuk hari ni..tadaaa!!!

 Roti Jala+Kuah durian+secangkir teh :)

 Close up sikit :P

 Kuah..rasa durian, tak manis sangat..Sedap!!

 Jom Makan!!

Sekian, Jumpa lagi next entri :)

Love & Faith,
maimunah

Kuasa Imaginasi!!

Assalamualaikum. Hai!!

Tajuk entri macam tak boleh blah..hahha. sebenarnya nak cerita pasal makanan je pun. Lapar pulak tetiba ~,~*

Tengah belek-belek bellog petang tadi, tiba-tiba terpikir bestnya alahai kalau malam ni boleh makan sotong ke, asam pedas ikan pari ke, tambah lagi best kalau ada sambal belacan...telan air liur sorang-sorang.

Okey, tiba-tiba malam tadi ada orang hantar ke rumah makanan yang memang..memang sedap!! and yang paling best semuanya yang kami duk teringin sangat-sangat nak makan..Alhamdulillah :) Rezeki dari Allah..Lauk kenduri wei!!

Jom!! Jamu mata :)

 Complete!!

 Ulam-ulaman..Feveret :)

 Yang paling best..sambal belacan

 Sambal tumis sotong

 Asam Pedas Ikan Pari..feveret ayah :)
 
 Ayam Masak Kicap

 Tembikai..pencuci mulut

 Masak Lemak Ubi Keledek+Daun Asin-asin..yang ni masak sendiri :)

Alahai..tidur malam ni dengan perut kenyang and hati berbunga-bunga :)

Okey..Cheq tidoq dulu na...

Love & Faith,
maimunah ahmad

Friday, November 14, 2014

LANGKAWI Where To Go?? Pantai Pasir Tengkorak

Assalamualaikum :)

Part 1...Part 1...Part 1.. Hmmm..tiba-tiba macam blank pulak. Tadi macam banyak sangat idea nak cerita. Ala-ala cekelat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum..huhuhu T.T

Okey...ceritanya macam ni, Jumaat haritu..kami sefamily pi berkelah kat tepi pantai. Ini semua idea adik misi kami.. beria-ria ajak berkelah..maklumla tengah cuti.

Lokasi pilihan kali ni..Pantai Pasir Tengkorak.. Gerun tak?? Hahha..Kecik-kecik dulu, kalau dengar ayah sebut nama pantai ni, mesti imagine kawasan pantai yang penuh dengan tengkorak manusia ~.~*

Masa mula-mula tu, kami macam tak berapa nak setuju.. Bukannya apa, tahun lepas dah pernah pi pantai ni. Teruk sangat!!! Nak masuk kawasan pantai kena bayar RM2 untuk satu kepala.. gila ke apa?? Macam nak masuk funfair je..


Dah bayar tu, ingatkan boleh berpiknik dengan riang-ria la.. Astaghfirullah... kawasan camping sampah merata, tandas pun kotor, surau ada tapi dikunci pulak..ramai orang tak puas hati.

TAPI.....itu dulu la. Sekarang dah okey!! Rasanya dah tukar pihak pengurusan kot. Memang puas hati sangat-sangat. Yala..masuk pun free..heee. Sampah memang dah tak ada yang berterabur. Kawasan pantai bersih. Toilet lagi la bersih..tapi nak masuk kena bayar tau..Rasanya upah untuk uncle yang cucikan toilet tu kot. Okeyla kan..berbaloi!

Bestla berkelah kali ni..tapi rasanya yang paling eksaited budak-budak kecik ni la. Menjerit-jerit tengok pantai. Tu belum dapat mandi lagi..

PERCUMA..FREE!! Tak perlu bayar RM2


Simple menu saja :) bihun goreng, nasi, sambal tumis ikan, ulam, sambal belacan tumbuk. Semuanya ada dalam bekas tu. Saja tak mau tunjuk..kan nanti ada yang bukak periuk tengah-tengah malam buta..heee 

Hari Jumaat hari cuti..ramaila orang datang. Ha..romantik tak makcik pakcik tu? Baguskan kalau dapat pasangan macam ni..

Ni baru warm up..baju pun tak tukar lagi :)

 Budak-budak main air..kami yang tua ni isi perut -.-*









Kalau datang sini, tuan-tuan puan-puan kena make sure ada orang jagakan barang-barang. Especially makanan..kalau tak memang habis kena kebas dengan cik kera ni. Ni pun dia baru saja ambik jajan sapa ntah..sampai berterabur.. Kebanyakan orang pesan jangan bagi makanan dekat cik kera ni.. Sekali sekala takpa kot.. 

Okeyla..jumpa lagi di entri seterusnya :)

Love & Faith,
maimunah ahmad

Friday, October 31, 2014

Sebab Apa LANGKAWI Best????

Assalamualaikum
Hello everybody!!

Kebanyakan kawan yang kami kenal mesti akan cakap macam ni.."wah! bestnya mun ko duk langkawi".. Then,kami tanya balik.."pasai apa pulak?? biasaaaaaa ja"..."ya laaa best. boleh makan cekelat hari hari..shoping pinggan mangkuk..mandi mandi pantai..keta pon murah2 ja" Yeah, i admit that..hahha!!

Maybe sebab duk lama dah kat sini..dah lali. TAPI secara jujurnya, mengaku la BEST DUK LANGKAWI wei!!

Ni siap buat list pasai apa langkawi bestttttttt sangat:   
  • Burung mana yang tak sayang sarang dia..manusia mana yang tak sayang rumah dia?? cuba habaq sat..hehe.. rumah kami kat sini..mestila suka..besttttt. 

  • Sini mana ada jalan jem..Eh!! silap..sini jalan jarang jem..hehhe..Kalau jem pon,panjang mana la sangat..kat pekan Kuah tu ja pon..

  • Banyak cekelat kat sini..FERERRO, DAIM, CADBURY opps!!, HERSHEYS, KISSES, TOBLERONE, PEPPERO dan baaaaaaaaanyak lagi :)

  • Kereta murah la .. tak payah hairan kalau tengok banyak ja orang bawak wonderpet gti, keta olimpik, Honda city...

  • Banyak pinggan mangkuk..masuk Idaman Suri, HIG, Ram.. berpinau-pinau mata.. selalu nampak makcik makcik eksaited ja masuk sini..hahha

  • Minyak gamat murah!! Try p tengok kat Nusantara Maju, Sireh Lagenda..

  • Ada banyak pantai.. Pantai Cenang, Pantai Kok, Pantai Pasir Tengkorak...

  • Kain batik pelikat murah jeee..ni kebanyakan makcik2 yang habaq

  • Banyak pulau-pulau yang cantik..pulau langkawi, pulau dayang bunting, pulau payar etc..

  • Ada burung helang besaaaaaaaaaaq kat tepi laut..boleh tangkap...tangkap gambaq -.-

  •  ......................
Sila isikan tempat kosong..............................kalau hampa mai baru hampa taw.. 


Sumber: Encik Google
"Langkawi Permata Kedah"

Nantikan "LANGKAWI Where To Go??"

Sekian

Love & Faith,
maimunah ahmad

Thursday, October 30, 2014

Quilling On The Glass

Assalamualaikum :)
Hello Sisters!!

Hmmm...entah betul ke tak tajuk tu...tak taw nak bagi tajuk apa..tapi kalau dalam bahasa melayu mungkin macam ni kot..ermmm "bunga quilling atas kaca".. huish!!! macam pelik ja..

Benda ni buat last minit. Request from my little sister. Nak pi kursus,pastu kena bawak hadiah untuk exchange. nak p beli..dah lewat jah..kedai tutup..Godek-godek dalam kotak kraf,ada la lagi ready stock MALAYSIAN FLOWER yang kami buat masa tengah free dulu. Kalau nak taw kaedah-kaedah nak buat bunga ni..KLIK SINI..semuanya kak munah dah bagitaw dari alat & radas yang nak kena guna..sampaila kaedah-kaedah dia..hahha..tetiba terimbau zaman blajaq kimia dulu..teringat kat cikgu che gayah...heeee


::SHIFT FROM AMBITION TO MEANING::
Prof. Dr. Muhaya


Kak Munah buat dua keping okey.. untuk adik misi terchenta..muahaha


Yang ni pulak untuk bagi kat kawan sekolah dia yang kawen..temanya JODOH BERDUA.. ahha!! Macam pernah dengaq kan??kan?? Abam Hafiz Hamidun sila berbangga okey ;) Lagu dia best..try dengaq kat SINI

Okey!! Bertemu dilain entri. Thank you sooooo much kepada yang sudi membaca ;)


Love & Faith,
maimunah ahmad 

Wednesday, October 29, 2014

Simple Birthday Card

Assalamualaikum :)
Hello Sisters!!

Untuk entri kali ni..kami nak share simple birthday card. Kad ni dah lama buat. Rasanya dah lebih 5 bulan kot..heee..request dari budak sekolah..Nak bagi dekat bestfren katanya..

Disebabkan harddisk kami ni asyik2 hilang..pastu jumpa balik..hilang..jumpa balik..huhhu..macam chipsmore!! Jadi kami decide untuk taruk saja gambaq2 kerja tangan kami dalam blog ni..senang sikit.. tak payah serabut lagi dah next time kalau dia hilang lagi..

Nah!! Birthday Card,,simple2 ja..
 
 ::friends are the flowers in the garden of life::



  Quilling flower + Ribbon flower
Jatuh cinta sangat-sangat dengan kombinasi dua benda ni


Last but not least..happy birthday!!
:)

Love & Faith,
maimunah ahmad

Easy Ways To Make Malaysian Flower


Assalamualaikum..hello sisters!!!

It has been a long time I didn't update my blog..huhu .. Actually, I don't know what to share with you guys. Asal ngadap laptop ja..blank..ngadap laptop ja...blank..hahha..memang jenis aku!

Sesapa yang duk usha pesbuk aku mesti perasan yang aku ada letak gambar-gambar "bunga kertas"..nah..aku panggil quilling flower. Ramai yang tanya macam mana nak buat bunga ni.. Nampak macam susah.. tapi senang saja sebenaqnya..macam orang putih kata..like a piece of cake..

I'm glad that finally I can share with everyone step by step on how to make this type of flower :). I don't have a video..but just some pictures with a little bit of description. hope that you can understand.


1.You need to have paper strips (2 different colors; I used 10 strips for purple and 5 strips for cream), glue, slotted tool, and circle guide. 




2.Combine two paper strips together (purple and cream color)



3.You will have 5 combined paper strips.


4.Then roll the paper using the slotted tool.


5.Make it loose by using circle guide. (it is depend on what size of circle you want to have)



6.Just follow as the above picture to make the curve.


7.Use another purple paper strip and wrap it around.


8.It will be like this! :)


9.Use the same method for another 4 combined paper strips.


10.Arrange that 5 petals together and secure it with glue.


The end result!! Jyeahh!!!!




 Hope you all will like it :) 
To get a perfect flower, you need to practice a lot. don't givap okey!

I welcome any comments from you :)

Love & Faith,
maimunah ahmad